Penemuan yang menarik iaitu sejenis tumbuhan yang bercahaya apabila
disuluh dengan lampu. Ia mungkin sejenis fungi kecil.
Ia mempunyai batang
berwarna hitam berkilat berdimeter 0.3-0.5cm, tinggi sehingga 15.0cm dan hujung
berwarna putih bersinar lebih kurang 1.0cm.
Ia tumbuh pada permukaan tanah dan ada yang melekat pada batang buluh seperti pacat.
Ia akan memantulkan cahaya pada malam yang gelap. Saya menamakannya cendawan
lilin kerana seakan-akan lilin yang menyala di lantai hutan.
Sungguh menakjubkan ciptaan Allah. Subhanallah…
No comments:
Post a Comment