Kenalkah anda akan pokok ‘sintok’? ada yang menggelarnya ‘akar beluru’. Tumbuhan dari family Leguminosae ini
boleh ditemui di kawasan hutan tropika samada hutan dara atau hutan sekunder di
Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Sintok adalah sejenis
tumbuhan pepanjat yang boleh tumbuh dan menjangkau ketinggian sudur hutan. Batangnya
bergayut pada batang dan dahan pokok dan akan mengeluarkan cabang sisi untuk
menguatkan sokongannya pada pokok-pokok berhampiran. Daunnya akan menyelubungi
silara pokok dan akan menjuntai ke bawah.
Tumbuhan pepanjat ini mempunyai
daun majmuk yang mempunyai 3 atau 4 pasang anak daun yang bersusun setentang
pada tangkai. Bentuk daun eliptik ke obovat dengan pangkal daun obtus dan ekor
daun berbentuk kaudat. Bunga pada aksilari berwarna putih dan bertukar ke
kuning. Buahnya besar.
Batang pokok ini mempunyai
pelbagai kegunaan. Batangnya dipotong dan diketuk hingga menjadi seperti bersabut
dan dijemur hingga kering. Bahagian bersabut ini akan mengeluarkan buih seperti
sabun apabila direndam dalam air dan ia boleh dijadikan shampoo atau sabun
untuk merawat penyakit kulit. Batangnya yang bersifat bersabut/fiber ini juga boleh dijadikan
anyaman bakul atau tali. Selain dari
itu, akar batang sintok ini juga digunakan sebagai ramuan dalam perubatan
tradisional untuk rawatan makhluk halus.
Tumbuhan ini sedang terancam
akibat penerokaan kawasan hutan. Pengambilan batang pokok ini secara tidak
terkawal oleh pencari akar kayu juga boleh menyebabkanya pupus.
Pihak pengurusan universiti boleh
melangkah kehadapan lagi dengan mewartakan pokok tersebut sebagai ‘Pokok
Warisan’ untuk menjamin keberkekalan sumber melalui program pemuliharaan yang lestari.
No comments:
Post a Comment