Wednesday, March 4, 2009


Resak keluang


Resak keluang atau nama saintifiknya ialah Vatica bella dari famili Dipterocarpaceae merupakan salah satu spesis balak yang semakin diancam kepupusan. Ia adalah spesis endemik yang terdapat di negeri Johor. Mungkin perkataan 'keluang' di ambil sempena daerah Keluang di Johor yang merupakan tempat pokok ini boleh ditemui.


Pokok ini boleh mencapai saiz yang besar untuk balak. Ia juga merupakan salah satu spesis yang menyumbangkan sumber kayu balak dalam kumpulan Resak iaitu kayu keras yang bernilai di pasaran.

Secara kasar saya perhatikan pokok ini agak menarik jika ditanam di tepi-tepi jalan atau di taman-taman.



Habitat asal pokok ini ialah di hutan dipterokap tanah pamah dan bukit rendah. Ia juga memerlukan kawasan tanah yang bersaliran baik. Buahnya agak unik, berbentuk seperti gasing dan bersayap.



1 comment:

  1. hi - very interesting initiative. where are you based? in Kedah? Am always on the look out for keen local "tree" lovers....keep in touch. Visit www.wildasia.net

    ReplyDelete