Wednesday, December 29, 2010


Resak daun panjang


Resak daun panjang atau nama saintifiknya Vatica nitens adalah spesis hutan campuran dipterokap bukit rendah yang mendiami kawasan lereng-lereng dan puncak bukit.






Daunnya agak besar dan panjang
Resak gunung



Resak gunung atau nama saintifiknya Vatica heteroptera sering mendiami kawasan lereng-lereng dan puncak bukit di hutan dipterokap bukit tinggi. Ia juga merupakan sumber kayu keras Resak yang berkualiti justeru menjadikannya spesis yang terancam akibat pembalakan intensif.

Wednesday, December 22, 2010

Resak laru


Resak laru atau nama saintifiknya Vatica pauciflora juga dari famili Dipterocarpaceae merupakan pokok sederhana besar yang sering tumbuh di kawasan hutan berhampiran sungai dan kawasan paya air tawar.

Ia juga tergolong dalam spesis kayu keras
Resak. Secara kasar, pertumbuhannya agak mudah untuk mencapai saiz seperti dalam gambar.

Pokok ini kerap berbunga pada peringkat kecil (~1.5m tinggi). Bunga berwarna putih






Ia juga berbuah pada usia yang masih muda.




Wednesday, March 4, 2009


Resak keluang


Resak keluang atau nama saintifiknya ialah Vatica bella dari famili Dipterocarpaceae merupakan salah satu spesis balak yang semakin diancam kepupusan. Ia adalah spesis endemik yang terdapat di negeri Johor. Mungkin perkataan 'keluang' di ambil sempena daerah Keluang di Johor yang merupakan tempat pokok ini boleh ditemui.


Pokok ini boleh mencapai saiz yang besar untuk balak. Ia juga merupakan salah satu spesis yang menyumbangkan sumber kayu balak dalam kumpulan Resak iaitu kayu keras yang bernilai di pasaran.

Secara kasar saya perhatikan pokok ini agak menarik jika ditanam di tepi-tepi jalan atau di taman-taman.



Habitat asal pokok ini ialah di hutan dipterokap tanah pamah dan bukit rendah. Ia juga memerlukan kawasan tanah yang bersaliran baik. Buahnya agak unik, berbentuk seperti gasing dan bersayap.